Monday, December 14, 2015

Pembukaan Kiosk

Untuk pengetahuan semua saya baru mendapat kelulusan dari Universiti Kebangsaan Malaysia untuk menjalankan perniagaan di Kiosk Bangunan Pusanika, saya akan menyediakan sarapan pagi, makan tengah hari, rojak buah, kuih muih serta banyak lagi. Kiosk ini beroperasi dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Anda juga boleh melihat facebook saya https://www.facebook.com/nurzalikha.bahudin .





Kedatangan anda amat kami alu-alukan.

Saturday, December 12, 2015

About Me

Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia,

Saya ingin berkongsi resepi masak lemak ayam cili api merupakan, resepi daripada mak saya yang berasal dari Negeri Sembilan, ia sangat mudah dibuat. err sebenarnya saya tak suka masak, bagi saya masak ni benda yang leceh. sampai satu tahap, bila mak saya suruh masak, saya kata kepadanya saya sanggup buat kerja lain. asalkan bukan MEMASAK hahahaha...tapi tu diri saya yang dulu, tapi bila dah meningkat dewasa tanpa disuruh boleh dah masak, mak pulak macam tak percaya hehehe. semoga anda enjoy dalam blog ini .Sebelum itu,sesetengah orang cara masak dan ramuannya berbeza antara kita. Sebenarnya tiada apa yang salah dalam resepi kerana masing-masing ada cara tersendiri .
Selain berkongsi resepi masakan, saya juga menjual kuah rojak buah-buahan, kek coklat kukus, kuih muih tradisional, dan ais krim dalam balang iaitu “Ice Cream In Jar & “Stick Fruity Ice Cream” untuk tempahan.

Friday, December 11, 2015

Tempahan

Selain berkongsi resepi masakan, saya juga menjual kuah rojak buah-buahan, kek coklat kukus, kuih muih tradisional, dan ais krim dalam balang iaitu “Ice Cream In Jar & “Stick Fruity Ice Cream”.
 Bagi sesiapa yang ingin mencuba air tangan saya yang baru belajar tetapi rasanya URMGHHH , mari lah buat tempahan, harga sangat berpatutan.

Buntu nak jamu apa kepada tetamu yang datang, bolehlah terus mesej atau wassup saya di  0126695495. 

Thursday, December 3, 2015

Ais Krim "VANANA"

Assalammualaikum dan Salam sejahtera semua,

Hari ini saya dan rakan-rakan membuat "prototype" bagi projek Persekitaran Perniagaan. dimana kumpulan kami telah membuat keputusan untuk membuat "HOMEMADE AIS KRIM" iaitu Vanana . Vanana adalah ais krim berperisa vanila dan pisang, ais krim ini berkonsepkan dalam jar dan berharga RM 2.00 seberkas, bagi sesiapa yang berminat untuk mencuba ais krim ini, boleh la menghubungi saya 0126695495.
terima kasih :)





Friday, November 20, 2015

ROJAKKU

ROJAKKU



  • Dijamin Bersih Dan Halal
  • Harga berpatutan
  • Penghantaran melalui pos (bekas kecil)
  • Produk Muslim

Cuba dulu...rasa sekali pasti nak lagi,  saya juga turut menyediakan perkhidmatan tempahan bagi sesiapa yang ingin membeli tetapi hanya kuah rojak SAHAJA. 

Jika tempahan untuk majlis pula, saya akan menyediakan buahan-buahan serta kuahnya sekali.

Untuk bertanya lebih lanjut boleh menghubungi saya.




Friday, October 23, 2015

CHICKEN CHOP

Bahan2 : 

Ayam : 5 keping paha ayam (buang tulangnya)
5 ulas bawang putih dipotong dadu 
2 sb serbuk lada putih
2 biji telur dipukul dengan garfu
Serbuk roti secukupnya (bread crumb ini boleh dibeli dikedai peralatan bakeri) 

Sedikit tepung gandum
 -gaulkan ayam dengan bawang putih dan lada putih, 
   perap 1 - 2 jam. -gaulkan ayam dengan tepung gandum. -celupkan ayam dalam telur.
 -golekkan dalam serbuk roti sepenuhnya.
 -goreng dalam minyak panas hingga masak.
 *kalau tak mahu buat cara diatas, boleh juga salutkan ayam dengan tepung goreng ayam Adabi, Bestari dll, kemudiannya goreng hingga masak


Sauce/Kuah Chicken Chop : 

5 ulas bawang putih
2 labu bawang besar 
1 cawan Demi-Glace Brown Sauce jenama Knorr
3 cawan air 
5 - 7 biji cendawan butang dalam tin dipotong kecil
 2 sb lada hitam ditumbuk halus
 1 sb mentega untuk menumis
 -satukan kedua jenis bawang dan kisar halus. Ketepikan
 -satukan air dan brown sauce. 

  Kisar menggunakan blender sekejap supaya ianya sebati tidak berketul.
 -panaskan mentega hingga cair. Tumis bawang hingga sedikit garing dan harum baunya.
 -masukkan campuran brown sauce dan air tadi. Masukkan cendawan butang dan juga serbuk lada hitam. Masak dalam   api perlahan dan sentiasa dikacau supaya tidak berketul. Bila kuah mulai pekat dan didih, tutupkan api.
 *tak perlu masukkan garam atau gula kerana brown sauce telah cukup rasanya.



Bahan Coleslaw :

1/4 biji kobis (saiz kecil)
1/2 batang karrot 1/4 biji capsicum
5 sb mayonis (anggaran sahaja, lebihkan jika suka) 
1 sk gula 
1 - 2 sb air perahan limau
-semua bahan sayur dipotong kecil. Gaulkan bersama mayonis, gula dan air perahan limau hingga sebati secukup rasa. Simpan dalam peti sejuk. 





Bahan lain : 

Kentang Goreng
Daun salad Hirisan
Buah tomato 
Brokoli -hanya brokoli dicelur dalam air panas sekejap, yang lain tak perlu celur.
 *pesanan penting dari sahabat saya, untuk chicken chop jangan sesekali gunakan bahagian lain kecuali paha ayam dan jangan gunakan lada kering untuk kuahnya. Memang rule nya begitu.



menu ini saya ambil dari Surianti Ramli


,





                                                                                                                                                                           selamat mencuba






MASAK LEMAK AYAM CILI API (PHIOR N9)












Bahan-Bahan:

  • Seekor ayam yang siap dibasuh dan ditoskan
  • kentang 3 biji (belah 4)
  • Bawang kecil 5 ulas
  • Cili api - ditumbuk lumat (jumlah cili ikut kesesuaian kepedasan yang anda minat)
  • 1 inci kunyit hidup - ditumbuk juga bersama cili api
  • 10 batang serai - dititik sahaja
  • 1 keping asam gelugor (asam ni sesuai kalau nak kuah masak lemak ni masam sikit)
  • 1 biji kelapa (malas nk perah santan. guna santan kara pon sodap)
  • Air ikut kesesuaian dengan santan (dari 1 biji kelapa)
  • Garam secukup rasa.

  •  Cara Penyediaan:
  • Panaskan kuali dengan api yang paling kecil. Masukkan ayam dalam kuali panas (tak perlu minyak). Tujuannya nak bagi air ayam tu keluar agar nanti kuah lemak tak rasa hanyir ayam tu. Masukkan sekali cili api, serai dan kunyit hidup yang telah ditumbuk ke dalam kuali dan digaul bersama ayam. Gaul dan panaskan sekejap. 
  • Selepas itu, , masukkan santan, asam keping ke dalam periuk. kacau , jangan sampai pecah minyak.
  • masukkan kentang bila kuah dah menelegak
  • Masukkan garam secukup rasa. 
  • pastikan ayam dan kentang sudah lembut sebelum diangkat keluar


  Selamat Mencuba :)