Friday, October 23, 2015

MASAK LEMAK AYAM CILI API (PHIOR N9)












Bahan-Bahan:

  • Seekor ayam yang siap dibasuh dan ditoskan
  • kentang 3 biji (belah 4)
  • Bawang kecil 5 ulas
  • Cili api - ditumbuk lumat (jumlah cili ikut kesesuaian kepedasan yang anda minat)
  • 1 inci kunyit hidup - ditumbuk juga bersama cili api
  • 10 batang serai - dititik sahaja
  • 1 keping asam gelugor (asam ni sesuai kalau nak kuah masak lemak ni masam sikit)
  • 1 biji kelapa (malas nk perah santan. guna santan kara pon sodap)
  • Air ikut kesesuaian dengan santan (dari 1 biji kelapa)
  • Garam secukup rasa.

  •  Cara Penyediaan:
  • Panaskan kuali dengan api yang paling kecil. Masukkan ayam dalam kuali panas (tak perlu minyak). Tujuannya nak bagi air ayam tu keluar agar nanti kuah lemak tak rasa hanyir ayam tu. Masukkan sekali cili api, serai dan kunyit hidup yang telah ditumbuk ke dalam kuali dan digaul bersama ayam. Gaul dan panaskan sekejap. 
  • Selepas itu, , masukkan santan, asam keping ke dalam periuk. kacau , jangan sampai pecah minyak.
  • masukkan kentang bila kuah dah menelegak
  • Masukkan garam secukup rasa. 
  • pastikan ayam dan kentang sudah lembut sebelum diangkat keluar


  Selamat Mencuba :)

                                                                                                         

No comments:

Post a Comment