Friday, October 23, 2015

CHICKEN CHOP

Bahan2 : 

Ayam : 5 keping paha ayam (buang tulangnya)
5 ulas bawang putih dipotong dadu 
2 sb serbuk lada putih
2 biji telur dipukul dengan garfu
Serbuk roti secukupnya (bread crumb ini boleh dibeli dikedai peralatan bakeri) 

Sedikit tepung gandum
 -gaulkan ayam dengan bawang putih dan lada putih, 
   perap 1 - 2 jam. -gaulkan ayam dengan tepung gandum. -celupkan ayam dalam telur.
 -golekkan dalam serbuk roti sepenuhnya.
 -goreng dalam minyak panas hingga masak.
 *kalau tak mahu buat cara diatas, boleh juga salutkan ayam dengan tepung goreng ayam Adabi, Bestari dll, kemudiannya goreng hingga masak


Sauce/Kuah Chicken Chop : 

5 ulas bawang putih
2 labu bawang besar 
1 cawan Demi-Glace Brown Sauce jenama Knorr
3 cawan air 
5 - 7 biji cendawan butang dalam tin dipotong kecil
 2 sb lada hitam ditumbuk halus
 1 sb mentega untuk menumis
 -satukan kedua jenis bawang dan kisar halus. Ketepikan
 -satukan air dan brown sauce. 

  Kisar menggunakan blender sekejap supaya ianya sebati tidak berketul.
 -panaskan mentega hingga cair. Tumis bawang hingga sedikit garing dan harum baunya.
 -masukkan campuran brown sauce dan air tadi. Masukkan cendawan butang dan juga serbuk lada hitam. Masak dalam   api perlahan dan sentiasa dikacau supaya tidak berketul. Bila kuah mulai pekat dan didih, tutupkan api.
 *tak perlu masukkan garam atau gula kerana brown sauce telah cukup rasanya.



Bahan Coleslaw :

1/4 biji kobis (saiz kecil)
1/2 batang karrot 1/4 biji capsicum
5 sb mayonis (anggaran sahaja, lebihkan jika suka) 
1 sk gula 
1 - 2 sb air perahan limau
-semua bahan sayur dipotong kecil. Gaulkan bersama mayonis, gula dan air perahan limau hingga sebati secukup rasa. Simpan dalam peti sejuk. 





Bahan lain : 

Kentang Goreng
Daun salad Hirisan
Buah tomato 
Brokoli -hanya brokoli dicelur dalam air panas sekejap, yang lain tak perlu celur.
 *pesanan penting dari sahabat saya, untuk chicken chop jangan sesekali gunakan bahagian lain kecuali paha ayam dan jangan gunakan lada kering untuk kuahnya. Memang rule nya begitu.



menu ini saya ambil dari Surianti Ramli


,





                                                                                                                                                                           selamat mencuba






MASAK LEMAK AYAM CILI API (PHIOR N9)












Bahan-Bahan:

  • Seekor ayam yang siap dibasuh dan ditoskan
  • kentang 3 biji (belah 4)
  • Bawang kecil 5 ulas
  • Cili api - ditumbuk lumat (jumlah cili ikut kesesuaian kepedasan yang anda minat)
  • 1 inci kunyit hidup - ditumbuk juga bersama cili api
  • 10 batang serai - dititik sahaja
  • 1 keping asam gelugor (asam ni sesuai kalau nak kuah masak lemak ni masam sikit)
  • 1 biji kelapa (malas nk perah santan. guna santan kara pon sodap)
  • Air ikut kesesuaian dengan santan (dari 1 biji kelapa)
  • Garam secukup rasa.

  •  Cara Penyediaan:
  • Panaskan kuali dengan api yang paling kecil. Masukkan ayam dalam kuali panas (tak perlu minyak). Tujuannya nak bagi air ayam tu keluar agar nanti kuah lemak tak rasa hanyir ayam tu. Masukkan sekali cili api, serai dan kunyit hidup yang telah ditumbuk ke dalam kuali dan digaul bersama ayam. Gaul dan panaskan sekejap. 
  • Selepas itu, , masukkan santan, asam keping ke dalam periuk. kacau , jangan sampai pecah minyak.
  • masukkan kentang bila kuah dah menelegak
  • Masukkan garam secukup rasa. 
  • pastikan ayam dan kentang sudah lembut sebelum diangkat keluar


  Selamat Mencuba :)